Berita Baik Untuk Kakitangan Awam

bangunan parlimen

Sudah semestinya, setiap kali Perdana Menteri mengumumkan belanjawan (bajet) negara, setiap rakyat menantikan pengumuman yang bakal memberikan manfaat dan keuntungan kepada mereka. Pengumuman belanjawan ini juga turut dinantikan oleh setiap kakitangan awam yang sentiasa mengharapkan agar pihak kerajaan akan memberikan insentif yang dapat membantu mereka mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi.

Justeru, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September 2012, iaitu setelah selesainya sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, namun beliau telah menyatakan bahawa  “Sentiasa ada sesuatu yang istimewa untuk rakyat tetapi perlu tunggu sehingga pembentangan bajet 2013″.

Berikut disenaraikan beberapa petikan dan pautan artikel yang berkaitan: